Uncle Fairuz (crew kelana konvoi) & family singgah ke Durham. Mereka juga kenalan Amiruddin & Azizah.
Uncle Fairuz (crew kelana konvoi) & family singgah ke Durham. Mereka juga kenalan Amiruddin & Azizah.
Perjalanan pulang. Kami ke bandar Notts lagi. Hujan gerimis tetapi angin kuat. Mak je turun mencari fridge magnet Notts.
Kemudian kami singgah di Junction 28. Eastmidlands designer outlet, Mansfield Rd, South Normanton, Derbyshire, DE55 2JW. Menjamu mata je & minum hot chocolate.
Kemudiannya singgah di Junction 32 outlet shopping village, Tomahawk Trail, Glasshoughton,Castleford, West Yorkshire,WF10 4FR. Menjamu mata juga la.
Pulanglah kami ke Durham.
Selesailah Kembara Selatan kami. Perjalanan selama 7 hari sejauh 1,200 batu. Sebenarnya banyak tempat yang ingin disinggahi tetapi masa tidak mengizinkan. Ada rezeki bolehla pergi lagi. Cukuplah sekadar menjenguk ciptaan Allah di selatan bumi UK.
Kami pusing-pusing di bandar Soton mencari fridge magnet. Hujan turun dengan lebatnya.
Dari Soton, kami ke Portsmouth. Portmouth sebenarnya tiada dalam agenda lawatan kami. Tapi fikir alang-alang dah ke selatan, teruskan la jugak tengok apa yang ada di sana. Hujan turun dengan lebatnya.
Kemudian kami ke Stonehenge. Bila sampai anak-anak semuanya tidur. Di luar pulak hujan. Jadi kami ambil gambar dan beli fridge magnet je la.
Perjalanan di teruskan. Kali singgah di Nottingham semula. Menumpang bermalam di rumah Nik. Kami baru mengenali Nik sekeluarga ketika kami ke Notts beberapa hari yang lepas. Rupanya kakak Nik, adalah rakan sekerja kami di UTeM. Menumpang berehat di rumah Nik & Azlan. Terima kasih banyak-banyak.
Dari Plymouth, kami singgahTorquay pula. Kami ke Babbacombe model village. Best. Sebenarnya banyak tempat yang menarik di Torquay tapi kami tak dapat pergi semua kerana mengejar masa untuk ke destinasi seterusnya.
Perjalanan kami diteruskan ke Southampton. Kami terus ke universitinya untuk bergambar. Dulu kami bercadang nak sambung belajar di Southampton (Soton). Tapi bila melihatkan cost of living yang tinggi, kami batalkan hasrat kami. Jadi ambil gambar je la.
Kami bermalam di rumah Fuad & Rahifa. Staf UTeM.
Perjalanan hari ini.
Hujan lebat pagi ini. Cadangnya nak naik bot. Tapi sebab cuaca kurang baik dan angin kuat, perkhidmatan bot di batalkan. Kami ke shopping complex sekejap & pulang semula ke rumah Auntie Mazni. Petangnya, bila cuaca agak ok, kami ke bandar Plymouth semula untuk ambil gambar.
Sebelah malamnya, keluarga Noris datang. Noris mak kenal sebab dia selalu baca blog mak. Dan akhirnya berjumpa.