Saturday 28 January 2012

Tarian Singa

Bawa anak-anak menyaksikan Tarian Singa.  Mak & Ayah dah biasa tengok masa kat Msia.  Hanya anak-anak je yang tak biasa tengok.  Diadakan disekitar bandar Durham sempena Tahun Baru Cina. 

Selepas tu kami pergi makan kat kedai Falafel Al-Hana (86 Claypath, DH1 1RJ).

DSC_2950DSC_2985DSC_2961P1170439

Saturday 21 January 2012

Menjamu mata di Royal Quay Outlet Centre

Hari ini kami menjamu mata di Royal Quay Outlet Centre.  Jamu mata maknanya tak beli apa-apa la.  Ini antara outlet yang selalu orang Msia pergi.  Terletak di sebelah port North Shield, Newcastle.  Lepas menjamu mata di outlet kami menjamu mata dipersekitaran.

DSC_2838DSC_2860DSC_2841DSC_2866DSC_2863DSC_2883

DSC_2878DSC_2875

Tuesday 17 January 2012

Immunisasi booster

Hari ini Izzah kena suntikan immunisasi tambahan.  Nangis le kejap.  Lepas tu dapat sijil & sticker.  Bestnya…

P1170376

3 tahun

 

Dah 3 tahun kami berada di bumi UK ni.  Mak & Ayah masih tak selesai study lagi.  Dah minta extension study leave dan juga dah mohon untuk buat extension visa.  Irfan sekarang di Year 4 di sekolah Junior.  Iffah sekarang di Reception kelas Shrimps dan Izzah di Nursery.

Tengok balik gambar lama semasa

2 tahun di UK

http://zarinabz.blogspot.co.uk/2011/01/setelah-2-tahun.html

1 tahun di UK

http://zarinabz.blogspot.co.uk/2010/01/setelah-setahun-anak-anak.html

http://zarinabz.blogspot.co.uk/2010/01/setelah-setahun-sekolah.html

Sunday 15 January 2012

Bakso UK

Teringin nak makan bakso.  Teringat masa makan kt Melaka dulu pada hari Ahad.  Sedapnya…  Sekarang nak makan pandai-pandai le buat sendiri.  Campak-campak je la.  Tak le sedap sangat.  Tapi anak-anak & ayah makan sampai licin, jadi dah pass piawai sedap la.

P1170373

Thursday 12 January 2012

Jualan fridge magnet Durham

Kami jual fridge magnet Durham dengan harga £1 je.  Buat masa ini hanya ada satu gambar je.  Nanti nak buat lagi.  Gambar ni diambil sendiri oleh ayah semasa pesta Lumiere Durham 2011.  Kira gambar asli la.

DSC_2819P1170363

Tuesday 10 January 2012

Model kalendar Durham University

Inilah gambar kami yang menghiasi kalendar promisi Durham University.  Gambar itu diletakkan pada bulan Ogos 2012.  Sempana ulangtahun perkahwinan ke 11.

DSC_2800

Saturday 7 January 2012

Mengeringkan baju

Dah hampir 3 tahun kami dok UK ni.  Keringkan baju kat heater je.  Saja je hari ni nak try pergi keringkan baju kat dryer kat Ustinov college.  Bayarannya hanya 50 pence.  Setgh jam je, dah kering.  Ronda keliling sambil tunggu baju kering.

P1170352

P1170349

Monday 2 January 2012

Tetamu–rombongan Glasgow

Yan & rakan-rakan datang ke Durham.  Yan ni rakan mak sama sekolah dulu. 5 keluarga datang dari Glasgow.  Yan tidur di rumah kami manakala yang lain tidur di travelodge.  Pagi tu mak jamu Nasi lemak antarabangsa la…

DSC_2781