Akhirnya tamat sudah pengembaraan kami ke benua Europe bersama Kelana Convoy. Anak-anak amat gembira dan alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali. Tiada masalah yang dihadapi.
Bagi kami Kelana Convoy adalah budget trip yang amat berpatutan. Penginapan yang selesa (bagi kami) dan makanan yang sedap. Jika ada peluang ingin pergi lagi ke trip yang lain pulak.
Bila balik, ramai yang tanya mak berapa kos keseluruhan. Ok ni mak nak kasi kos sebenar kami. Tiada selindung punya. Ini lah hasil titik peluh mengumpul duit hasil fridge magnet dan jualan nasi lemak dan pelbagai makanan lain ketika hujung minggu. Dapatla juga menampung kos, walaupun tak sepenuhnya.
Kami memilih trip ‘Highlights of Europe’. Kami ke 5 negara sahaja. Keluarga kami terdiri dari 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Kami juga memilih untuk tinggal di kabin. Jadi ada bayaran tambahan untuk kabin. Kami menyewa 3 sleeping bag dan juga kami mendapat diskaun £5 untuk setiap dewasa kerana kami mendaftar bersama Nizam yang melayakkan kami mendapat diskaun.
1) Kos dewasa (2 org) = 878
2) Kanak-kanak (3 org) = 1017
3) Kabin (semua tempat) =310
4) Sleeping bag (3) = 15
5) tolak diskaun dewasa = 10
Jumlah keseluruhan yang dibayar kepada Kelana Convoy
£ 2210.
6) Kos lain (Keukenkof Garden, Amsterdam cruise, Mini Europe, Top Of Europe, Disneyland) = £ 487
7) Perbelanjaan lain (souviner, aiskrim, coklat, air, jajan, lunch) = £ 301
8) Travel insurance = £12
JUMLAH KESELURUHAN =
£ 3010
Walaubagaimanapun ini tak termasuk kos penginapan di London & duit petrol untuk pergi dan balik ke London.