Saturday 31 March 2012

Kelana Convoy–Day 1 (London-Amsterdam)

 

Mak dah lama teringin ke Europe bersama keluarga.  Oleh itu kami dah lama menyimpan dan berjimat.  Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak cita-cita.

Di hotel, pagi-pagi lagi dah bangunkan anak-anak.  Kami perlu keluar awal kerana kami perlu menjadi orang yang pertama naik bas Kelana Konvoy (KC).  Ayah menghantar kami ke tempat parking bas & kemudiannya ayah ke rumah Bos KC untuk hantar kereta.  Ayah join krew KC untuk ke tempat pertemuan.  Jadi kami je la yg dalam bas tu berserta driver.

Basnya 2 tingkat & sangat selesa.  KC dah tetapkan tempat duduk kami, jadi tak perlu la susah-susah nak fikir nak duduk mana.  Kami menaiki bas menuju ke tempat pertemuan peserta-peserta lain di Hyde Park.

DSC_3756DSC_3773

Tepat jam 8.00pg, kami bergerak ke Dover.  Anak-anak sambung tidur dalam bas. Perjalanan hampir 2 jam.  Jauh jugak nak ke Dover tu.  Kami berehat di Dover sementara menunggu giliran untuk masuk ke terowong Eurotunnel.  Sementara itu anak bermain di tempat mainan indoor & outdoor.  Sempat juga krew KC mengajar cari membuat khemah kepada mereka yang akan tidur dalam khemah.  Tapi kami ambil kabin.

DSC_3786

DSC_3800DSC_3806P1170766

P1170756P1170759

Setelah sampai ke Calais (France), kami menuju ke Amsterdam untuk bermalam.  Dalam perjalanan kami singgah di tempat membuat coklat di Belgium.  Kami beli coklat & souviner.

DSC_3809DSC_3817

Pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan.

DSC_3907DSC_3965

Akhirnya kami tiba di Campsite di Amsterdam.  Makan malam (Nasi, sayur & kari daging).  Dah kenyang, tidurla.

DSC_3999P1170776P1170780DSC_4004

Perjalanan kami pada hari ini.

mapKC1

Friday 30 March 2012

Cuti Easter–London

Bermula cuti Easter, kami sekeluarga bersama Cu Fidah & Auntie Lily ke London.
Dalam perjalanan ke London kami singgah  di Nene Valley Railway (PE8 6LR), tak jauh dari Peterborough. Ni dikatakan home bagi kepala keretapi yang namanya Thomas tu.  Ada banyak stesen tapi kami ke Wansford je.  Tapi Thomas dok kt stesen lain hari ini.  Singgah ambil gambar je.
DSC_3698DSC_3692

Kemudiannya kami ke Cambridge.  Ini kali ke 2 kami sekeluarga ke Cambridge.  Jadi dah faham la sikit jalan-jalan di Cambridge tu.  Cepatla sikit urusan posing-posing dan menyambung perjalanan di London
DSC_3734DSC_3731DSC_3717
DSC_3746P1170738
Kami bermalam di Travelodge Ilfords Gants Hill.  £ 25 untuk 1 malam.  Malam tu sesi susun-susun dan suaikenai duit untuk perjalanan esok.
travelodgeIlfordsGantsHills2travelodgeIlfordsGantsHillsP1170741P1170740P1170742P1170743
Perjalanan kami hari ini.
mapgilondon

Thursday 29 March 2012

Cu ke carboot

Hari bawa Cu ke carboot pulak.  Nak cari baju apa yang patut.  Dulu Cu pernah juga ke carboot.  Tapi masa tu winter.  Carboot kurang menarik.  Summer baru la meriah.  Kemudian kami ke Dalton Park.  Dapatla kasut dan beg untuk berkelana. 
P1150308DSC01860P1150331P1150340

Wednesday 28 March 2012

Cu sampai

 

Alhamdulillah, hari ni adik Mak, Cu Fidah sampai.  Ini kali ke 2 Cu sampai ke Durham.  Kali pertama masa kami mula-mula datang.  Waktu tu jadi bibik sepenuh masa.  Kali ini baru la jalan-jalan.

Jadual yang padat telah Mak buat untuk Cu berserta rakannya Auntie Lily.  No jet lag…

Sampai je rumah terus makan tengahari.  Kemudian ke Uni untuk ambil gambar dengan bunga sakura.  Kemudian ke bandar Durham.  Ambil gambar & ke charity shop.  Akhir sekali ke Sport direct untuk beli kasut idaman Cu.

P1150290P1150249P1150207DSC01822

Saturday 17 March 2012

Posing-posing daffodil

Biasala, bila musim bunga, hati pun berbunga-bunga.  Mari posing-posing daffodil di Durham.

Lokasi : Bowburn, Farm dekat rumah Stephen, Kompleks sukan, St Mary College, Wharton Park.

DSC_3511DSC_3513DSC_3542DSC_3559DSC_3611DSC_3641