Wednesday 22 February 2012

Hari lahir Irfan ke 9

Dah umur 9 tahun Irfan pada hari ini.  Semoga menjadi anak yang soleh.

Mak hanya buat makan-makan sempena birthday Irfan pada hujung minggunya.  Kek no 9 lah permintaannya.

 

P1170623

Wednesday 15 February 2012

Beg untuk orang Malaysia

Beg yang ditempah oleh orang Malaysia dah sampai.  Beg untuk mendaki gunung.  Selamat mencapai puncak Kinabalu.  Katanya amat murah di sini.  Harga untuk semua beg ni (5 beg) lebih kurang RM 2400.  Jadi belikan je.

P1170598P1170597

P1170607

Saturday 11 February 2012

Demo masakan Nasi Muqlubah

Demo lagi.  Kali ini oleh Chef Hilmi.  Bertempat di rumah Kak Mas.  Sedap nya…

P1170557P1170560P1170573

P1170582P1170586P1170594

Wednesday 8 February 2012

Face painting - cat

Lukis muka sendiri.  Mak sibuk study, anak main sorang-sorang.

P1170550

Monday 6 February 2012

Liverpool–Day 2

Kami tumpang bermalam di rumah Mahanijah.  Dia ni kawan Mak masa belajar di Politeknik Ungku Omar.  Lepas Poly, masing-masing ikut haluan masing-masing.  Mak sambung belajar di UTM.  Mahanijah sambung di UiTM.  Di UiTM, dia sama belajar dengan Ayah pulak.  Jadinya, kawan Mak adalah kawan Ayah jugak.  Bertemu di lain-lain tempat dan akhirnya kami semua bertemu di Liverpool.  Terima kasih kerana tumpangkan kami sekeluarga.
DSC_3258
Selepas sarapan, Mahanijah bawa kami ke stadium Liverpool Anfield & Everton.  Kami tak la peminat setia mana-mana pasukan.  Jadi ok je pegi semua stadium.  Mari melawat stadium.  Tak masuk pun.  Ambik gambar kat luar dan beli souviner.
DSC_3299DSC_3278DSC_3288

DSC_3319DSC_3328DSC_3313
Kemudian kami ke destinasi utama kami.  Iaitu UKBA (UK Border Agency).  Itulah tujuan sebenar kami ke Liverpool.  Bukanla sekadar jalan-jalan je.  Tapi kami ke sana untuk buat Biometrik signature untuk Visa extension kami.  Maaf, tiada gambar di sini.  Selesai urusan.  Tak la lama sangat.
Siang masih muda & kami masih ada masa lagi.  Jadi kami ke Albert Dock semula.  Ronda-ronda & melawat ke Muzium Liverpool yang percuma itu.  Best jugak muzium ni.  Macam-macam ada.  Budak-budak paling suka main la.
DSC_3423DSC_3401DSC_3415DSC_3363DSC_3381DSC_3385DSC_3432DSC_3356
Dari Liverpool kami ke Manchester untuk makan di Restoran Al-Jazeera (22 Wilmslow Road, M14 5TQ, Manchester).  Restoran terkenal dikalangan orang-orang Msia.  Pastinya berjumpa orang Msia yang makan di situ.  Irfan kata sedap sangat…
DSC_3444DSC_3438

Sunday 5 February 2012

Liverpool– Day 1

Kami sekeluarga ke Liverpool hari ini selepas main snow yg manja di Durham.  Suasana yang berkabus dan snow ditepi kiri & kanan jalan.
DSC_3035
Destinasi pertama kami ialah Chesire Oaks Designer Outlet.  Sampai sini je tengok snow tak de.  Rupanya snow tak turun di kawasan ini.  Macam biasa, Mak menjamu mata sahaja.  Ini kali pertama pergi.  Mak hanya beli beg utk isi seluar swimming Irfan yang berharga £1 je.  Tapi banyak la kedai.  Macam-macam ada.  Ada tempat mainan budak-budak yang berbumbung.  Suka betul budak-budak tu dapat main.
DSC_3137DSC_3053DSC_3112DSC_3128
Kemudian kami melalui terowong untuk ke Liverpool.  Bayaran tol terowong £ 1.50.DSC_3144
Kami terus menuju ke Albert Dock.  Orang kata tarikan pelancong ada di sini.  Kami sempat naik Wheel of Liverpool.  Puas jugak naik sebab di pusing banyak kali.  Siapa yang minat kumpulan muzik Beatles, boleh la masuk ke muziumnya.  Free je.
DSC_3145DSC_3203DSC_3205DSC_3170
DSC_3212DSC_3227DSC_3222
DSC_3226
Kemudian kami bermalam di rumah kawan Mak & Ayah iaitu Mahanijah.

Snow February

Rindu pulak pada snow.  Tahun ini snow tak berapa menjadi.  Cita-cita Mak nak buat igloo pun tak tercapai.  Alhamdulillah.  Snow turun dengan manjanya di bumi Durham hari ini.  Dapat le anak-anak main ais kepal.

DSC_3005DSC_3019DSC_3028

Friday 3 February 2012

Malidur Rasul 2012

Diadakan di rumah Hj Rosli & Hajjh Mas.  Penceramah: Ustaz Jailani & Ustaz Yunus.  Moderator: Ustaz Hilmi.

P1170478