Sunday 5 February 2012

Liverpool– Day 1

Kami sekeluarga ke Liverpool hari ini selepas main snow yg manja di Durham.  Suasana yang berkabus dan snow ditepi kiri & kanan jalan.
DSC_3035
Destinasi pertama kami ialah Chesire Oaks Designer Outlet.  Sampai sini je tengok snow tak de.  Rupanya snow tak turun di kawasan ini.  Macam biasa, Mak menjamu mata sahaja.  Ini kali pertama pergi.  Mak hanya beli beg utk isi seluar swimming Irfan yang berharga £1 je.  Tapi banyak la kedai.  Macam-macam ada.  Ada tempat mainan budak-budak yang berbumbung.  Suka betul budak-budak tu dapat main.
DSC_3137DSC_3053DSC_3112DSC_3128
Kemudian kami melalui terowong untuk ke Liverpool.  Bayaran tol terowong £ 1.50.DSC_3144
Kami terus menuju ke Albert Dock.  Orang kata tarikan pelancong ada di sini.  Kami sempat naik Wheel of Liverpool.  Puas jugak naik sebab di pusing banyak kali.  Siapa yang minat kumpulan muzik Beatles, boleh la masuk ke muziumnya.  Free je.
DSC_3145DSC_3203DSC_3205DSC_3170
DSC_3212DSC_3227DSC_3222
DSC_3226
Kemudian kami bermalam di rumah kawan Mak & Ayah iaitu Mahanijah.

No comments:

Post a Comment