Wednesday, 4 April 2012

Kelana Convoy–Day 5 (Switzerland)

 

Seharian hari ini di Lauterbrunnen.  Bermula dengan sarapan pagi  mengadap air terjun yang cantik.  Kemudian kami berjalan menuju ke train station.  Kami ambil tiket sehingga ‘Top of Europe’. CHF150 utk dewasa & CHF 30 utk Irfan.  Nasib baik Iffah & Izzah free.

Cantik sungguh pemandangan hingga tak terkata & tak tertangkap dgn kamera.  Top of Europe… kurang oksigen di sana.  Rasa ngantuk dan nak tidur je.  Snow & angin kuat ketika itu.  Jadi kurang la peluang posing golek-golek.

Rasa nak pergi lagi…..

DSC_5054DSC_5069DSC_5097DSC_5153DSC_5181DSC_5215

DSC_5187DSC_5242DSC_5224DSC_5294DSC_5327DSC_5333DSC_5344

Tuesday, 3 April 2012

Kelana Convoy–Day 4 (Luxembourg-Switzerland)

 

Destinasi seterusnya Luxembourg.  Negara yang kecil tetapi cantik juga.

DSC_4851DSC_4888DSC_4893DSC_4901DSC_4863DSC_4931

Perjalanan diteruskan ke Swissssss….. Kami bermalam di campsite di Lauterbrunnen yang cantik.  Berlatar belakangkan air terjun.

DSC_4981DSC_5042DSC_5023DSC_5016

Perjalanan kami pada hari ini.

mapkc4

Monday, 2 April 2012

Kelana Convoy–Day 3 (Brussels)

 

Kami meninggalkan Amsterdam untuk ke Brussels,Belgium pulak.  Kemas –kemas kabin dan bas dulu.  Destinasi pertama ialah Mini Europe.  Kalau tak sempat gi melancong keseluruhan Europe, ke mini Europe pun jadilah.  Landmark negara Europe dalam bentuk miniture.  Bayaran masuk Euro 11.65 (Dewasa), Euro 4.75 (kanak-kanak).

DSC_4426DSC_4449DSC_4486DSC_4488DSC_4544DSC_4499DSC_4571DSC_4613DSC_4591DSC_4592DSC_4507

Kemudian kami jalan-jalan di bandar Brussels.  Tak lupa juga merasai waffle Belgium yang special & juga homemade ais-krim.  Malamnya yang kami tidur di campsite di Brussels.  menu makan malam ialah Tomyam.  Tapi sejuknya dalam hutan ni…..

DSC_4709DSC_4725DSC_4729DSC_4797DSC_4786DSC_4783DSC_4755DSC_4756DSC_4766

Perjalanan hari ini.

map kc3

Sunday, 1 April 2012

Kelana Convoy–Day 2 (Amsterdam)

 

Hari yang ditunggu-tunggu.  Hari ini kami akan ke Keukenkof Garden. Apa ada???? Bunga! bunga!….  Sebelum itu kami singgah  ke tempat membuar cheese & kasut terompah clog. 

DSC_4050DSC_4056DSC_4075

Kemudian baru lah Kekukenkof. Ladang ini dibuka hanya 2 bulan sahaja dalam 1 tahun.  Besar sunggah garden nya. Tapi oleh kena masa terhad kami tak dapat nak pusing di keseluruhan garden. Bunga dah kembang tapi masih tak semuanya. Ada yang masih putik lagi. Tak puasnye rasa. Mak teringin nak pergi lagi. Bayaran masuk euro 12.50 (dewasa), euro 7 (kanak-kanak).

DSC_4117DSC_4227DSC_4198DSC_4202DSC_4248

Kemudiannya kami bersiar-siar di bandar Amsterdam.  Kami menaiki boat cruise menyusuri terusan-terusan di Amsterdam.

DSC_4396DSC_4403DSC_4392DSC_4360DSC_4365DSC_4407

Perjalanan kami pada hari ini.

map kc2