Saturday 7 April 2012

Kelana Convoy–Day 8 (Paris)

 

Hari ini birthday Iffah yang ke 5.  Ada 3 org dlm group KC kali ini yang sama birthday dengan Iffah.  Jadi Iffah sambut birthday di Paris la.  Tapi maaf tak de kek la..

Aktiviti hari ini, bersiar di bandar Paris.  Ini kali ke 2, Mak ke Paris.  Kali pertama ialah 2 thn lepas masa menghadiri conference.  Kali ini bersama family … best.

Mula-mula kami singgah ke butik LV.  Mak jamu mata je tapi sampai sesat la dalam butik yang besar tu.  Tak jumpa jalan keluar.  Berbelit-belit lorong nya.

DSC_6106DSC_6054

Kemudian kami ke galeri/kedai buat Parfum yang sangat wangi.  Mak tak beli pun.  Tapi memang sedap baunya.  Kemudian makan & solat di Masjid Central Paris.

DSC_6148DSC_6133P1170927

Akhir sekali ke Eiffel Tower.  Ada juga yang naik cruise menyusuri sungai Paris dan ada juga yang naik ke Tower.  Tapi kami bersiar-siar sahaja disekeliling Tower.

DSC_6239DSC_6279DSC_6307DSC_6321

No comments:

Post a Comment